Pembubaran Parlimen ke 12 Malaysia untuk Pilihan Raya 13


Pada hari ini Perdana Menteri telah mengumumkan perkara penting berkenaan dengan isu Pembubaran Parlimen hari ini. Sebelum ini suda ada banyak spekulasi dan kabar-kabar angin mengatakan Pembubaran Kabinet, namun tidak ada tarikh yang tetap sebelum ini.


Hari ini secara rasminya Parlimen Malaysia Dibubarkan, ini diumumkan sendiri oleh Perdana Mentri Malaysia Dtuk Sri Najib diiringi oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Muhidin. Pembubaran Pilihan Raya ini telah ditungu-tungu sejak beberapa 2 tahun yang lalu, banyak persoalan dan teka teki bakal terjawap selepas ini. Setelah sekian lama Pembubaran Pilihan Raya akhirnya terjadi hari ini, makan dengan itu perjalanan pilihan Pilihan Raya ke 13 akan dipermudahkan lagi selepas ini


Ucapan Pembubaran Parlimen ke 12 berlangsung selama 30 minit, ini bertujuan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya 13 dijalankan. Dalam ucapan Pembubaran Parlimen ke 12, Datuk Seri Najib merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih beliau selama pengal pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional.

Dalam ucapan Pembubaran Parlimen ke 12 tersebut, beliau mengesa semua kerajaan negeri supaya turut membubarkan parlimen peringkat negeri kecuali dua buah negeri, iaitu Negeri Sembilan dan Sarawak. Negeri sembilan telah terbubar secara automatik pada tanggal 28 March yang lalu, manakala Negeri Sarawak pula telah melaksanakan pilihan raya kecil pada 16 April tahun lalu (2012). Kerajaan Barisan Nasional telah menang majoriti 55 daripada 71 kerusi adun yang dipertandingkan pada pilihan raya kecil di Negeri Sarawak.


Bermula dari sekarang selepas Pembubaran Parlimen Malaysia yang ke 12, mandat rasmi kerajaan rasmi sedia ada masih diteruskan sehingga 28 April 2013. Suruhan Pilihan Raya (SPR) akan bermasuarat dalam masa terdekat ini, bagi menentukan tarikh pilihan raya dan penamaan calon bagi setiap adun yang telah ditentukan.

Segala persoalan dan teka-teki bila Pembubaran Parlimen Malaysia ke 12 telah dijawap, isu seterusnya ialah tarikh Pilihan Raya ke 13 dan penamaan calon bagi setiap Dun. Dajangkakan persaingan antara Pihak Kerrajaan Malaysia dan Pembangkang, kali ini adalah yang paling sengit dalam sejarah Pilihan Raya Umum Malaysia.

Apa pun yang bakal terjadi dalam Pilihan Raya Umum ke 13 Malaysia kali ini, sebagai rakyat kita mengharapkan semua yang terbaik. Semoga tidak ada rusuhan dan keganasan yang berlaku sepanjang proses Pilihan Raya Umum ke 13 ini.

0 comments:

Post a Comment

Followers