Perayaan terbesar tahun Jubilee di Stadium Likas Kota Kinabalu Sabah

Pic Credit to FB page

16 september 2012 adalah perayaan terbesar tahun Jubilee pernah diadakan di Sabah, diangarkan lebih daripada 10 ribu orang membanjiri Stadium Likas Sabah pada hari tersebut. Perayaan ini disambut besar-besaran dibawah pentadbiran gabungan semua gereja-gereja yang terdapat di Sabah. Walaupun ada beberapa kelompok gereja tidak dapat menyertai secara rasmi perayaan jubilee ini (atas sebab-sebab tertentu yg tidak dapat dielakkan), namun sokongan mereka dari segi moral sangat utuh untuk berdoa memberkati Malaysia

Perayaan terbesar jubilee ini sebenarnya membawa maksud tahun kemerdekaan sebenar bagi Malaysia. Masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum di Sabah dan Sarawak berpendapat bahawa tarikh 16 september adalah tarikh sebenar pembentukan Malaysia. Oleh itu, 16 september telah menjadi tarikh rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk menyambut tahun kemerdekaan juga dukenali sebagai tahun jubilee.

Para hadirin yang menghadiri perayaan Jubilee 16 september ini datang bukan sahaja dari kawasan sekitas Likas dan Kota Kinabalu. Ramai hadirin yang datang dari jauh luar negara seperti Australia, Taiwan, dan sebagainya. Selain daripada orang-orang tempatan ramai juga pelancong daripada luar negara mengambil kesempatan ini meraikan sambutan tahun jubilee doa untuk malaysia ini.

Pic credit to FB page
Jumlah peserta komiti yang terlibat secara langsung dalam perayaan jubilee ini menjangkau lebih 2 ribu orang. Seramai hampir 300 orang ditugaskan untuk mengibarkan bendera Malaysia dan bendera Sabah, lebih 100 orang lagi membawa bendera singa (sebagai lambang Raja). Selebihnya tertumpu pada bahagian tarian dan nanyian termasuk para pemain musik.

Pic credit to FB Page
Seramai lebih 100 orang gembala (pastor) turut hadir terdiri daripada perlbagai suku kaum. Para gembala ini kebanyakannya juga adalah ahli persatuan gembala-gembala di Sabah. Kehadiran mereka melambangkan satu kesatuan dan perpaduan yang lahir dalam meraikan tahun jubilee ini.

Pic credit to FB Page
Antara acara yang paling unik di perayaan jubilee ialah tarian daripada perlbagai suku kaum, ini dilakukan bagi menghormati suku-suku kaum peribumi yang terdapat di negeri sabah. Lagu-lagu yang dinyanyikan pula dibuat dalam perlbagai bahasa iaitu bahasa kadazan/dusun, english, china, dan melayu. Nanyian yang penuh irama dengan rentak asli bahasa ibunda tersendiri tleh menjadikan perayaan jubilee ini sangat berjaya. Perpaduan dan persefahaman telah berjaya dicapai melalui perayaan jubilee 16 september ini.

Terdapat juga banyak kaunter-kaunter menjual makanan disediakan, perlbagai jenis makanan boleh didapati dengan hanya pembelian kupon berharga RM5 (dua jenis makanan dan 2 jenis minuman). Semua makanan yang disediakan juga mempunyai ciri-ciri yang unik melambangkan keperlbagaian suku kaum yang hadir pada sambutan jubilee 16 september.

Maksud sebenar Tahun Jubilee ialah tahun pembebasan daripada perhambaan dan pembebasan daripada kutuk hutang. Di dalam perayaan jubiliee16 September ini, inti sebenar ia dirayakan adalah berdoa untuk malaysia. Memberkati Malaysia untuk menjadi negara yang bebas dari perhambaan unsur-unsur politik yang tidak baik, dan juga bebas darpipada kutuk rasuah secara umumnya.

Walaupun kehadiran sangat mengalakkan, namum masih ramai lagi sebenarnya yang tidak tahu bahawa adanya perayaan jubilee ini di stadium likas. Promosi tentang perayaan jubilee ini hanya disalurkan secara sederhana mealui cabang-cabang gereja yang ada di seluruh sabah. Promosi media masa seperti suratkhabar, televisien, dan radio tidak dapat dilakukan atas sebab-sebab yang tertentu.

Pic credit to FB Page
Namun begitu, ianya tidak menjadi pengahalang untuk perayaan jubilee ini yang diadakan di stadium likas kota kinabalu sabah daripada mendapat sambutan yang mengallakan. Kejayaan sambutan perayaan Jubilee 16 september 2012 ini cumalah satu permulaan bagi perayaan jubilee di masa masa akan datang. Acara sambutan perayaan jubilee ditutup dengan meriah sekali dengan persembahan bunga api yang cukup cantik.

Dengan sokongan yang jitu daripada penduduk sabah yang terdiri daripada berbilang suku kaum, suda pasti perayaan jubilee 16 september akan menjadi lebih gah lagi di masa akan datang nanti.

1 comments:

faizalnizam said...

selamat hari Malaysia.

Post a Comment

Followers